Aku melihat dari muka pintu. Berdiri kaku melihat jasad di hadapanku. Leka dengan kerjanya. Mengaut tanah dari longkang yang tersumbat. Sedikit pun kehadiranku tidak dihiraukan. Mungkin tidak penting agaknya.
Aku masih lagi di situ. Kaku dan membisu. Masih tidak disedari olehnya. Jasad yang sedang sibuk bekerja. Lama aku berdiri disitu sehingga pelbagai perkara yang menerjah ke ruang minda.
'Adakah aku dianggap sebagai anak derhaka? Adakah aku seorang yang jahat? Adakah aku ini anak yang tidak tahu mengenang budi?'. Inilah persoalan yang membelenggu diriku ketika ini. Sungguh menyesakkan rasanya. Rasa bersalah turut sama hadir tanpa aku pinta.
'Salahkah aku selama ini untuk bersikap begini jika kau tidak pernah sekalipun menunjukkan keprihatinan mu pada diriku? Salahkah aku jika segala perilaku ku yang tidak kau senangi ini membuatkan kau benci terhadap ku sedangkan selama ini engkau tidak pernah sekali pun menunjukkan kebaikkan mu terhadapku? Jadi, aku kah yang harus dipersalahkan?' bisik hatiku lagi. Merintih dengan keadaan yang sedia ada.
Bagaimana untuk aku membantunya jika selama ini dia tidak pernah membantu ku. Bagaimana dia boleh mengharapkan aku untuk datang bertanya 'Adakah kerja yang boleh dibantu,' sedangkan selama ini aku sering dibiarkan berseorangan. Bagaimana aku dapat mengasihaninya jika selama ini hak aku sering diabaikan.
Mengertikah engkau yang aku mungkin tidak sesempurna seperti yang engkau mahu. Namun, haruskah aku yang dipersalahkan atas semua ini. Persoalan ini akan terus membelenggu diriku walau pelbagai cara telah aku lakukan.
No comments:
Post a Comment