Salam buat semua. Hari ini, saya ingin bercerita tentang kehidupan saya kini. Setelah hampir 5 bulan menganggur di rumah. Saya akhirnya berjaya ditawarkan sebagai seorang guru di sekolah. Walaupun hanya sekadar guru interim, namun saya bersyukur dan terima dengan redha.
Termasuk hari ini, sudah dua hari saya mula bertugas dan ianya merupakan pengalaman baru saya. Saya tidak pernah lagi merasai seperti ini. Memang benar apa yang dikata orang. Kehidupan sewaktu belajar tidak sesusah seperti realiti kehidupan yang sebenar. Memang sukar buat diri saya melalui detik-detik begini. Dan saya berharap agar semua ini segera berakhir.
Saya bukannya merungut tentang kerjaya saya. Tetapi saya cuba luahkan kesedihan yang ada dalam hati saya kini.Rasa segan dan malu untuk meminta pertolongan kawan yang baru sahaja dikenali. Rasa sedih kerana tiada kenderaan dan sering mengharapkan bantuan orang lain semata-mata. Tidak mengapa....saya akan cuba bersabar selagi saya mampu. Cuba menutup rasa malu. Sekian.
No comments:
Post a Comment