Hari ini merupakan hari pertama saya menulis entri dalam blog ini. Sekadar ingin mengasah bakat menulis di samping berkongsi pandangan tentang realiti kehidupan.
Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya sendiri. Nama diberi, Muhamad Shakir bin Abdullah. Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah dan kini menuntut di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu. Baru sahaja bergelar novelis apabila novel pertama saya yang berjudul Kisah Kau, Aku & Dia mula berada di pasaran pada 26 Jun 2012 yang lalu. Masih lagi menanti ulasan-ulasan daripada pembaca novel di Malaysia berkenaan novel pertama saya dan diharap ianya mendapat respon yang positif di kalangan pengemar novel.
Menyentuh tentang novel pertama saya, banyak kisah-kisah silam yang saya jadikan sebagai modal untuk menulis. Mungkin ianya turut di alami oleh segelintir penulis yang baru sahaja menulis. Lazsimnya kita akan menulis tentang apa yang kita tahu dan apa yang kita mahir. Jadi, berdasarkan pengalaman saya dan kemahiran yang saya ada, maka terhasillah Kisah Kau, Aku & Dia. Tiga cerita yang digabungkan menjadi satu novel. Semoga anda semua terhibur.